00:00Tenaga Nasional Berhad atau TNB menafikan dawaan tarif elektrik akan dinaikkan bermula bulan ini,
00:08menifatkan maklumat yang tular di media sosial itu sebagai tidak benar dan mengelirukan.
00:13Syarikat utiliti negara itu menjelaskan sebarang pelarasan kos elektrik ketika ini tertakluk kepada mekanisme pelarasan kos bahan api secara otomatik
00:24atau AFA.
00:26Menurutnya, mekanisme AFA yang dilaksanakan sejak Julai 2025 ditentukan berdasarkan perubahan harga bahan api global
00:35serta kadar tukaran mata wang asing dengan pelarasan dibuat secara bulanan dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
00:44Sehubungan dengan itu, TNB memaklumkan pihaknya akan melaporkan penyebaran maklumat palsu berkenaan
00:50kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk tindakan lanjut.
00:57Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata,
01:00pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu
01:06berhubung harga bahan api dan elektrik di tengah-tengah lonjakan harga tenaga akibat konflik Asia Barat.
01:14Zahra Alamia Syahir, FNT
Comments