00:00Menteri Pengangkutan Luke Siu-Fook mengingatkan orang ramai agar bersedia berdepan kenaikan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat berikutan peningkatan
00:10mendadak kos bahan api jet pada peringkat global.
00:14Luke berkata syarikat penerbangan kini terpaksa mengenakan surcharge bahan api bagi menampung kos operasi yang tinggi selain melaksanakan rasionalisasi penerbangan
00:24bagi memastikan kecekapan sektor tersebut.
00:28Tambahnya langkah rasionalisasi itu mungkin melibatkan penggabungan penerbangan sekiranya faktor muatan terlalu rendah bagi sesetengah sektor namun menjamin kerajaan tidak
00:39akan melaksanakan dasar penetapan harga siling berikutan ia bergantung pada penawaran dan permintaan.
00:45Terdahulu, Luke mendedahkan kerajaan kini beroperasi dalam mood krisis bagi mendepani impak ketidaktentuan global yang menyebabkan kos tenaga dunia lonjak
00:56lebih 100% dalam tempoh singkat.
01:00Beliau memberi amaran walaupun bekalan bahan api negara dijamin stabil sehingga Mei ini, rakyat tidak seharusnya mengambil mudah situasi semasa
01:09memandangkan negara jiran sudah mula mengalami gangguan bekalan serius.
01:13Khadija Juno, FMT
01:15Terima kasih sudah menonton!
Comments