00:00Seorang pakar pengangkutan berkata, cadangan menyenarai hitam pemandu mabuk daripada memandu seumur hidup disifatkan lebih wajar berbanding hukuman mati dalam
00:11menangani kes kemalangan maut.
00:13Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Lo Tehua berkata, ia lebih praktikal kerana memberi tumpuan terus untuk
00:22melindungi orang ramai dengan menghalang pesalah perisiko tinggi kembali ke jalan raya.
00:28Semalam, dua wakil rakyat pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati dan menyenarai hitamkan terhadap
00:39pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.
00:42Ahli Parlimen Macang Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal berkata, ia bukan soal menghukum semata-mata tetapi sebagai mesej jelas,
00:50nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan dan sebarang tindakan membahayakan orang lain akan berdepan akibat paling berat.
00:59Manakala Ahli Parlimen Jerantut daripada PAS, Khairul Nizam Hiruddin pula menggesa kerajaan menyenarai hitam pemandu mabuk daripada memandu seumur hidup
01:08kerana percaya ia bukan sekadar melanggar undang-undang, malah menjadi ancaman nyata kepada nyawa orang lain.
01:15Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan Fahami Ashraf Badaruddin menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya
01:26tindakan lebih tegas boleh dikenakan terhadap semua jenis kesalahan bukan hanya melibatkan pemandu mabuk.
01:33Khadija Juno, FMT
01:35Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments