00:00Seterusnya, pengurusan Formula One sahkan pelombaan Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi dibatalkan susulan konflik yang semakin memuncak di rantau
00:10Asia Barat.
00:10Menurut Presiden Federation International Dilotomobil, FIA Mohd bin Sulayem, keputusan tersebut dibuat selepas penelitian teliti terhadap perkembangan semasa di rantau
00:22berkenaan, selain mengambil kira aspek keselamatan kesemua pasukan.
00:28Perlombaan di Bahrain dijadual berlangsung pada 12 April serta Grand Prix Arab Saudi pada 19 April dibatalkan selepas pihak penganjur
00:38menghampiri tempoh kritikal untuk membuat keputusan berkaitan logistik.
00:43Dalam satu kenyataan, Mohd memaklumkan keputusan ini juga dibuat khususnya bagi mengelakkan lebih banyak peralatan perlombaan dihantar ke Bahrain dalam
00:53situasi keselamatan yang tidak menentu.
00:56Kenyataan bersama FIA dan pengurusan Formula One pula menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak yang
01:05terlibat.
01:06Mohd menegaskan bahawa keselamatan komuniti sukan pemotoran dan semua kakitangan sentiasa menjadi keutamaan, justru keputusan pembatalan terpaksa dibuat bagi memenuhi
01:17tanggungjawab tersebut.
01:18Lita Bahrain International Seket di Sakir iaitu lokasi perlombaan yang dibatalkan terletak kira-kira 32km dari sebuah pangkalan tentera Amerika
01:28Syarikat yang dilaporkan pernah menjadi sasaran serangan Iran.
01:33Menurut Mohd, sebahagian peralatan pasukan Formula One juga dilaporkan masih terkandas di Bahrain sejak sesi ujian pramusim kerana tidak dapat
01:42dipindah keluar berikutan risiko keselamatan.
01:45Keadaan itu sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pasukan dan penganjur untuk menghantar lebih banyak kelengkapan ke negara berkenaan kerana dibimbangi,
01:55sukar dipindahkan sekiranya konflik semakin meruncing.
01:59Di sebalik itu, Mohd menegaskan Bahrain dan Arab Saudi kekal sebagai lokasi penting dalam kalender perlombaan Formula One dan berharap
02:07perlombaan dapat kembali dilangsungkan sebaik sahaja keadaan mengizinkan.
02:12Susulan pembatalan kedua-dua perlombaan itu, pihak penganjur menjangkakan tiada perlombaan gantian akan diadakan memandangkan kekangan masa dan cabaran logistik.
02:23Menurut laporan Agensi Antarabangsa, musim perlombaan kini dijangka diteruskan dengan 22 pusingan dengan jurang kira-kira 5 minggu antara pusingan
02:33ketiga di Jepun pada 29 Mac dan perlombaan berikutnya di Miami pada 3 Mei.
Comments