Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Penduduk di beberapa daerah di Sabah dinasihat bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang banjir keempat susulan cuaca tidak menentu, terutama di kawasan Pantai Barat dan pedalaman menjelang Aidilfitri.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, penduduk Sabah khususnya di kawasan pantai barat dan pedalaman negeri ini dinasihatkan bersiap sedia
00:07menghadapi kemungkinan gelombang banjir keempat tahun ini menjelang sambutan Aidilfitri.
00:13Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Dato' Ruslan Muharram berkata
00:17cuaca semasa menunjukkan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa daerah termasuk Pitas, Paitan dan Kota Marudu
00:25sebelum menjejaskan kawasan lain seperti Buford.
00:29Memetik laporan Sabah Media, Ruslan berkata keadaan cuaca mendung yang bermula sejak selasa
00:35turut menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlakunya banjir jika hujan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
00:43Jelasnya keadaan cuaca di kawasan pedalaman seperti Tenom, Keningau dan Tambunan juga
00:47boleh mempengaruhi situasi banjir di kawasan hilir seperti Buford.
00:52Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
00:58termasuk membataskan pergerakan dan sambutan hari raya sekiranya banjir berlaku.
01:03Untuk rekod sepanjang tahun 2026, Sabah telah berdepan tiga gelombang banjir iaitu pada Januari dan dua pada Februari.
Comments

Recommended