00:00Baik, sekurang-kurangnya 16 pekerja maut, manakala 13 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang keluli di wilayah Izmir,
00:07barat Turki pada Isnin.
00:08Insiden itu berlaku di kilang besi dan keluli Habas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian relau sedang dijalankan.
00:18Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut.
00:25Menurut Gabiner Izmir, Sulaiman Elban, letupan itu berlaku pada jam 11.46 pagi waktu tempatan.
00:33Siasatan awal mendapati sebuah kerin siling runtuh sebelum bahan-bahan berat jatuh ke dalam relau arka elektrik.
00:39Insiden itu merosakkan saluran gas asli dan seterusnya mencetuskan letupan yang besar.
00:45Selain 16 kematian yang disahkan, 13 pekerja lagi cedera termasuk 2 mangsa yang dilaporkan berada dalam keadaan yang serius.
00:53Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas beberapa pekerja dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sejurus selepas kejadian.
01:01Terima kasih telah menonton!
Comments