00:00Presiden Rusia Vladimir Putin Perdara Abu membayangkan kemungkinan Rusia menghentikan bekalan gas ke pasaran Eropah dan mengalih tumpuan kepada pasaran
00:09baru yang disifatkannya lebih berpotensi dan menguntungkan.
00:13Cadangan itu dibuat ketika Suruhanjaya Eropah dijangka mengemukakan cadangan perundangan pada 15 April ini bagi mengharamkan secara kekal import minyak
00:21Rusia.
00:24Menurut pegawai kesatuan Eropah, cadangan tersebut akan dibentangkan tiga hari selepas pelan raya Parlimen Hungary.
00:29Putin berkata pasaran baru kini semakin terbuka kepada Rusia.
00:33Bagaimanapun, beliau menegaskan kenyataan itu bukan satu keputusan muktamad sebaliknya sekadar pandangan awal.
00:38Putin turut mengulangi pendirian bahawa Rusia selama ini merupakan pembekal tenaga yang boleh dipercayai dan akan terus berbuat demikian dengan
00:45rakan dagang yang juga disifatkannya sebagai boleh dipercayai termasuk Slovakia dan Hungary.
00:50Kenyataan itu dijangka menambah ketegangan hubungan tenaga antara Rusia dan Eropah yang sebelum ini banyak bergantung kepada bekalan gas dari
00:57Moskow sebelum konflik geopolitik memuncak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Comments