Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz jika perlu.
Transcript
00:00Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui selat hormus jika perlu. Perkara itu ditegaskan Presiden AS Donald Trump menerusi
00:09hantaran dalam media sosialnya.
00:11Trump telah mengarahkan Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa DFC AS untuk menyediakan apa yang dipanggil sebagai insurans risiko politik dan jaminan
00:22bagi perdagangan maritim, terutamanya tenaga yang melalui teluk.
00:27Selat hormus berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut dari teluk ke lautan terbuka, mengukuhkan statusnya sebagai antara lokasi strategik paling
00:36penting di dunia.
00:38Media Iran melaporkan bahawa pasukan pengawal revolusi Islam Iran telah menutup selat hormus kepada kapal, menyatakan laluan perairan penting minyak
00:47dan gas itu tidak selamat akibat serangan AS dan Israel.
00:51Pada pagi Sabtu, serangan udara AS dan Israel terhadap Iran mengorbankan pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamuni bersama beberapa ahli
01:01keluarga pemimpin itu, komander tentera kanan dan orang awam.
01:04Iran bertindak balas melalui beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan drone yang menyasarkan Israel dan pakala AS di seluruh Asia
01:13Barat.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended