00:00Seorang pemimpin PAS menyelar sikap kerajaan yang dianggap sambil lewa sehingga menyebabkan rang undang-undang atau RUU berkaitan penghadiran tempoh
00:09jawatan Perdana Menteri gagal diluluskan di Dewa Rakyat semalam.
00:14Ahmad Fadli Shaari berkata dalam keadaan kerajaan tidak mempunyai majoriti 2 per 3, sebarang cadangan untuk membentangkan pindaan perlembagaan sepatutnya
00:24diruding terlebih dahulu dengan pembangkang memandangkan mereka juga mempunyai suara dalam parlimen.
00:30Beliau turut membandingkan kegagalan kerajaan hari ini dengan pendekatan Ahli Parlimen Muah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berjumpa dengan
00:38pemimpin muda pelbagai parti bagi memastikan pindaan undi 18 pada 2019 berjaya diluluskan.
00:45Mengulas lanjut, Fadli berkata pendekatan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika ini dilihat jauh berbeza kerana tidak mengutamakan musyawarah
00:54rentas parti bagi isu melibatkan perlembagaan.
00:57Fadli mendakwa kerajaan seolah-olah tidak serius dan sekadar mahu menunjukkan prestasi di atas kertas sambil memetik contoh kejayaan pindaan
01:07Perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 ketika era pertadbiran Perikatan Nasional yang berjaya diluluskan sebulat suara hasil rundingan terperici antara
01:19parti politik terlebih dahulu.
01:20Azuri Zainal, FMT
Comments