00:00Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz menggesa Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin
00:06meletakkan jawatan Ketua Pembangkang dengan mendakwa beliau tidak lagi mempunyai keabsahan
00:12selepas dipecat daripada parti.
00:16Tun Faisal berkata Majlis Tertinggi Perikatan Nasional atau PN pada 22 Februari lalu
00:22memutuskan Hamzah perlu mengosongkan jawatan itu, susulan pemecatannya daripada Bersatu.
00:28Beliau berkata Hamzah serta beberapa pemimpin lain yang dipecat kini berstatus
00:34sebagai Ahli Parlimen Bebas dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada PN
00:38sambil menambah bahawa PAS telah diminta menamakan calon pengganti secepat mungkin.
00:45Tun Faisal turut menjelaskan bahawa mengikut Konvensyen Westminster
00:49jawatan Ketua Pembangkang bergantung kepada keanggotaan parti seseorang Ahli Parlimen.
00:56Minggu lalu yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata Hamzah masih diiktiraf
01:02sebagai Ketua Pembangkang kerana PN belum memaklumkan sebarang perubahan
01:06rasmi kepadanya.
01:08Hamzah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu ketika kemuncak
01:13pertelingkahan kepimpinan dengan Presiden Parti Muhyiddin Yassin.
01:17Khadijah Juno, FMT
01:19tentए Damy Kang,lifting media.
01:19constraintsolon
01:19Ketua Pembangkang berp
01:20Husuk petisi
01:21pengganti
01:21bat ở kitabung
Comments