00:00Britain akan membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tenteranya bagi melancarkan serangan defensif ke atas peluru berpandu Iran.
00:08Perdana Menteri Britain, Kias Tama berkata keputusan itu diambil bagi menghalang Iran daripada terus melepaskan peluru berpandu ke seluruh rantau
00:16Asia Barat.
00:52Tama menegaskan bahawa Britain tidak terlibat dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran
00:58yang mengakibatkan kematian pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada 28 Februari.
01:05Tegasnya, London tidak akan menyertai mana-mana gelombang serangan seterusnya.
01:10Bagaimanapun, beliau berkata Iran telah melancarkan serangan balas yang mengenai lapangan terbang dan hotel yang menempatkan rakyat Britain menyebabkan keselamatan
01:19negara itu terancam.
01:20Tama turut mendedahkan bahawa rakan sekutu Britain diteluk meminta bantuan tambahan UK untuk memperkukuh pertahanan mereka di tengah-tengah ketegangan
01:29yang semakin memuncak.
01:31Beliau berkata pesawat pejuang Britain telahpun mengambil bahagian dalam operasi defensif dan berjaya meminta serangan Iran
01:38namun satu-satunya cara menamatkan ancaman ialah memusnahkan peluru berpandu di sumbernya.
01:43Menerima permintaan AS itu katanya adalah tindakan selaras dengan prinsip pertahanan diri kolektif bersama rakan lama sekutu strategik dan bagi
01:54melindungi nyawa rakyat Britain.
Comments