00:00Baik, kita akan terus kepada perkembangan seterusnya dengan ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika minggu ini menjelang
00:07pengumuman data utama Amerika dan konflik Asia Barat yang meruncing ketika ini.
00:11Ketua Ahli Ekonomi Bank Mokmalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzanizam Abdul Rashid berkata, data pasaran buruh Amerika Syarikat akan menjadi
00:19tumpuan dengan pemantauan yang rapi terhadap data pekerjaan bukan peladangan NFP dan kadar pengangguran.
00:25Selain itu, kalangan Ahli Jawatan Kuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia akan menetapkan kadar dasar semalaman pada 5 Mac dengan
00:32kebanyakan Ahli Ekonomi menjagakan tiada perubahan dalam kadar dasar.
00:37Oleh itu, beliau berpandangan bahawa mata uang tempatan itu akan diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini dengan berkemungkinan berkekal antara
00:44RM3.88 dan RM3.90.
00:47Bagi perbandingan secara mingguan, ringgit mengakhiri minggu lalu dengan kukuh berbanding dolar AS apabila ditutup kepada RM3.8910 berbanding RM3
00:57.8995 pada Jumaat sebelumnya.
01:00Matawang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan matawang utama.
01:04Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding matawang ASEAN lain.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments