Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa adalah mencukupi bagi menampung keperluan menjelang Aidilfitri.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM memberi jaminan bekalan kelapa adalah mencukupi bagi menampung keperluan menjelang Aidilfitri.
00:10Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato' Sri Muhammad Sabu berkata, orang ramai diminta melaporkan sekiranya berlaku kekurangan bekalan itu bagi
00:19membolehkan tindakan segera diambil.
00:23Tambah beliau, sebarang kekurangan akan ditangani segera oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA.
00:30Muhammad ketika mengulas isu import berkata, bekalan kelapa ketika ini adalah seperti biasa, namun pihaknya akan menambah bekalan termasuk dari
00:38Sabah dan Indonesia sekiranya perlu.
00:40Beliau dalam masa sama mengingatkan semua pihak supaya membuat laporan jika berlaku kekurangan bekalan kelapa.
00:46Dalam pada itu, Muhammad memaklumkan bekalan kelapa tempatan turut diperoleh dari beberapa negeri antaranya Perak dan Sabah.
00:52Sehubungan dengan itu, beliau berharap penanam kelapa tempatan dapat meningkatkan hasil bagi memenuhi permintaan domestik.
Comments

Recommended