Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sabah dan Sarawak diberi kuasa penuh dalam pengurusan serta kawal selia buangan terjadual di darat dan perairan negeri masing-masing susulan kelulusan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.
Transcript
00:00Susulan kelulusan rang undang-undang RUU Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2026 di Dewan Rakyat, Sabah dan Sarawak kini diberi kuasa
00:09penuh dalam pengurusan serta kawas selia buangan terjadual di darat dan perairan negeri masing-masing.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata, pindaan tersebut selaras perkara 95C Perlembagaan Persekutuan serta
00:24memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 963 MA63.
00:30Mustafa dalam kenyataan pada Sabtu berkata pindaan RUU tersebut antara pencapaian penting daripada 29 tuntutan MA63 yang sedang dan telah
00:41diteliti oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
00:44Menurutnya lagi, langkah itu dijangka memberi impak positif terhadap takbir urus alam sekitar di kedua-dua negeri selain memperkukuh kerjasama
00:53Persekutuan Negeri dalam memastikan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
00:57Ujarnya langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan hak serta bidang kuasa Sabah dan Sarawak dihormati dan diperkasa
01:05melalui saluran perundangan yang sah.
01:08Jelas Mustafa, platform MTPMA 63 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi medan utama perbincangan dan penyelarasan dasar
01:17sebelum sesuatu tuntutan diterjemahkan kepada pindaan undang-undang.
Comments

Recommended