Lewati ke pemutarLewatkan ke konten utama
Nabi Sulaiman, salah satu nabi yang paling bijak dan berkuasa, memiliki kubah ajaib yang dapat menaklukkan angin dan jin. Tonton video ini untuk mengetahui kisah inspiratif tentang kehebatan dan kekuasaan Allah yang diberikan kepada Nabi Sulaiman.
kunjungi link :
https://taddaburagama.blogspot.com/2025/05/kisah-nabi-sulaiman-as-dengan-kubah.html
Tag:
#NabiSulaiman #KubahAjaib #KehebatanAllah #KekuasaanAllah #KisahInspiratif
Transkrip
00:00Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang
00:09akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman
00:11Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang dinyatakan di dalam wahyu
00:19Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang, setibanya di pantai
00:26Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu
00:31Kata salah seorang daripada mereka, mungkin tersalah tempat
00:36Tetapi Baginda menjawab, tidak, disinilah tempatnya
00:40Nabi Sulaiman mengarahkan jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut
00:45Untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib
00:49Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahwa dia tidak menjumpai apa-apa
00:58benda yang ajaib
00:59Tanya Nabi Sulaiman, apakah kamu menyelam sehingga dasar laut?
01:05Jawab jin Ifrit, tidak
01:06Perdana menterinya yang bernama Asif bin Barhiyah telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya
01:16Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman
01:19Dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut
01:24Tidak lama kemudian, Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik
01:29Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu
01:35Pintu pertama diperbuat daripada Mutiara
01:38Pintu kedua diperbuat daripada Zamrut berwarna merah
01:42Pintu ketiga diperbuat daripada Jauhar
01:45Dan pintu keempat diperbuat daripada Zabarjan
01:49Pintu-pintu tersebut terbuka luas
01:52Tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas
01:59Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman
02:09Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah
02:15Setelah menjenguk ke dalam didapati ada seorang pemuda berada di dalamnya
02:21Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana Asif bermunajat kepada Allah
02:30Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut
02:35Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ
02:43Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut
02:51Pemuda tersebut menceritakan bahwa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun
03:00Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pulang seorang yang buta
03:05Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia
03:09Ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahwa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya
03:16Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah
03:24Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pulang meninggal dunia
03:31Sebelum bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahwa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya
03:42Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh saitan
03:53Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah
03:58Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di
04:07tepi pantai
04:07Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut
04:12Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut
04:17Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya
04:21Tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut
04:25Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahwa dia adalah malaikat yang diutuskan Allah
04:35Malaikat itu memaklumkan bahwa kubah itu adalah kurniaan Allah
04:40Kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka
04:46Segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya
04:52Malaikat itu memaklumkan bahwa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut
05:01Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini
05:07Terima kasih telah menonton!
05:08Terima kasih telah menonton!
05:08Terima kasih telah menonton!

Dianjurkan