Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Mahkamah Tinggi di sini hari ini belum menetapkan sebarang keputusan berhubung permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepas dan dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Category

šŸ—ž
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur belum menetapkan sebarang keputusan berhubung permohonan timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Zaid Hamidi
00:06untuk dilepas dan dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana yayasan akal budi.
00:17Hakim Nurul Huda Nuraini Muhammad Noh memutuskan bahawa Mahkamah tidak akan membuat sebarang keputusan buat masa ini
00:23sehinggalah Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dijadual didengar pada 24 April lepas.
00:34Menurut Nurul Huda Nuraini, sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan sekarang, ia berkemungkinan menyebabkan proseding di Mahkamah Rayuan menjadi tidak lagi
00:43relevan.
00:44Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara AGC tidak membantah permohonan Dato' Sri Ahmad Zaid Hamidi untuk pembebasan penuh terhadap 42
00:51pertuduhan rasuahnya
00:52membabitkan yayasan akal budi pada Selasa.
00:55Pada 28 Januari lalu, Zaid memfalkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden
01:02atas alasan utama iaitu Peguam Negara dalam satu kenyataan media pada 8 Januari lepas memutuskan tiada tindakan lanjut
01:09atau NFA terhadap 47 pertuduhan berkenaan.
01:13Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan pada awal Januari memaklumkan tiada tindakan lanjut terhadap 47 tuduhan yang dihadapi Zaid
01:20selepas meneliti keseluruhan bahan dan keterangan baru.
01:24Pada 12 Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Dusuki menghutam menegaskan keputusan mengklasifikasikan kes sebagai NFA
01:30hanya selepas pihak pendakwaan mengkaji dengan teliti enam representasi yang dikemukakan oleh Presiden UMNO itu.
01:37Hakim Datuk Corin Lawrence kira pada 4 September 2023 memutuskan DNAA terhadap Ahmad Zaid
01:43daripada semua 47 tuduhan selepas membenarkan permohonan Dusuki yang ketika itu adalah timbalan pendakwa raya.
Comments

Recommended