00:01Pemimpin interim Bangladesh, Muhammad Yunus mengumumkan beliau meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan baru yang dipilih beberapa hari lalu.
00:10Dalam ucapan perpisahan yang disiarkan kepada rakyat perisien, Yunus berkata, kerajaan sementara pimpinannya akan berundur bagi menghormati keputusan rakyat.
00:18Muhammad 85 tahun penerima hadiah Nobel Keamanan pulang daripada pengasingan sukarela pada Ogos 2024 untuk mengetuai kerajaan sementara selepas kebangkitan
00:30mahasiswa menggulingkan kerajaan bekas Perdana Menteri Syed Hasina.
00:34Bangladesh menggunakan pilihan rakyat umum pertamanya sejak kebangkitan tersebut pada 12 Februari dengan parti Bangladesh Nationalist Parti BNP pimpinan Tariq
00:44Rahman mencatat kemenangan besar.
00:46Tariq, waris kepada salah satu dinasti politik paling berpengaruh di negara itu, dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Selasa.
00:55Muhammad memuji pilihan raya berkenaan sebagai satu kejayaan demokratik sementara pemerhati kesatuan Eropah menyifatkannya sebagai telus dan diurus dengan baik
01:02sekaligus menjadi penanda aras bagi pilihan raya masa depan.
01:07Gabungan pimpinan BNP memenangi sekurang-kurangnya 212 kerusi daripada 300 kerusi parlimen memberikannya mandat kukuh untuk membentuk kerajaan.
01:15Parti jamaat e-Islami muncul sebagai pembangkang utama dengan 77 kerusi manakala parti awami Lik Pimpinan Hasina tidak dibenarkan bertanding.
01:26Selain memilih kerajaan baru, rakyat Bangladesh terus meluluskan reformasi demokratik besar-besaran melalui referendum kebangsaan.
01:32Dokumen reformasi menyeluruh itu dikenali sebagai piagam Julai yang tercetus selepas protes pelajar mencadangkan antara lain menghadkan had penggal Perdana
01:42Menteri,
01:43perubuhan Dewan Negara, pengukuhan kuasa Presiden dan peningkatan kebebasan badan kehakiman.
01:49Piagam itu juga menjadi asas agenda transisi yang diperkenalkan Muhammad selepas kejatuhan kerajaan sebelumnya.
01:55Referendum menetapkan bahawa kelulusan piagam Julai menjadikannya mengikat kepada parti yang menang pilihan raya dan mereka diwajibkan melaksanakannya.
Comments