00:00Perdana Menteri Mesir Mustafa Madbuli mengumumkan pakej perlindungan sosial
00:05bernilai kira-kira 858 juta dolar Amerika bagi menyokong kumpulan rentan menjelang Ramadan.
00:12Beliau berkata bantuan kerajaan yang diperluas itu dapat dilaksanakan
00:16berikutan peningkatan petunjuk ekonomi.
00:22Mustafa pada sidang media berkata pakej yang diarahkan oleh Presiden Abdel Fattah Al-Sisi itu
00:28menyediakan sokongan tunai secara langsung kepada 15 juta keluarga dalam dua fasa pembayaran
00:34sebelum Ramadan dan Aidilfitri.
00:37Kira-kira 193 juta dolar Amerika turut diperuntukkan bagi sektor kesihatan.
00:43Ini termasuk dana untuk rawatan yang ditanggung kerajaan senarai menunggu pembedahan
00:48serta peluasan insurans kesihatan di seluruh wilayah Minya, Selatan Kahirah bermula 1 April
00:54selain 86 juta dolar Amerika untuk menyokong petani menerusi pelarasan harga gandum.
01:01Tambahan sebanyak 322 juta dolar Amerika akan mempercepat inisiatif Presiden Descent Life
01:06bagi menyiapkan projek bekalan air, sanitasi dan perkhidmatan asas lain di kampung
01:12menjelang akhir tahun fiskal semasa pada 30 Jun.
01:16Mustafa berkata, petunjuk ekonomi yang bertambah baik termasuk penurunan inflasi,
01:21kadar faedah lebih rendah serta peningkatan hasil cukai.
01:25Ia membolehkan bantuan itu disalurkan
01:27sambil menegaskan bahawa hasil reformasi ekonomi
01:30disalurkan secara terus untuk mengurangkan bumbar rakyat.
Comments