00:00Had penggunaan 300 liter bagi petrol round 95 bersubsidi disifatkan sebagai satu penampan selamat kepada kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi
00:10secara lebih terkawal.
00:12Ini berdasarkan data penggunaan sebenar yang telah dikumpulkan sejak akhir September lalu.
00:18Menurut penganalisis ekonomi Uni KL Business School, Prof. Madhya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, walaupun terdapat rungutan bahawa had 300 liter
00:28tidak mencukupi, data awal menunjukkan majoriti pengguna sebenarnya menggunakan bahan api di bawah paras tersebut setiap bulan.
00:37Aimi Zulhazmi menjelaskan kerajaan tidak perlu lagi menanggung subsidi secara menyeluruh tanpa had. Katanya angka 300 liter membantu menetapkan siling
00:47perbelanjaan dan jika had itu tidak digunakan sepenuhnya, maka tiada kos tambahan ditanggung kerajaan.
00:53Data yang kita dapat itu sebenarnya kita perlu telusuri, kita perlu selidiki apakah pembaikan yang kita boleh laksanakan. Mungkin ada
01:02orang yang menggunakan lebih dari 300 liter.
01:05Misalnya contohnya dia tinggal di Seremban bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mungkin 300 liter tidak mencukupi. Jadi kalau dari sini
01:11data itu dan dia merupakan orang yang sebenarnya memerlukan subsidi bersasar itu, maka bolehlah kita tambahkan lagi mengikut kesesuaian.
01:20Dan kita juga boleh nampak mungkin orang yang tinggal di sempadan memakan motosikal tapi memakai minyak hingga 300 liter. Jadi
01:31kita faham apa yang berlaku di sebalik takkanlah satu bulan memakan motosikal menggunakan 300 liter tapi tinggal di sempadan. Mungkin
01:39dia travel banyak motor besar itu.
01:40Aimi Zulhazmi menambah pelaksanaan had tersebut bukan bersifat mutamat sebaliknya menjadi asas awal kepada model subsidi bersasar yang boleh dipahalusi
01:50dari semasa ke semasa berdasarkan corak penggunaan sebenar.
Comments