Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan akan terus memperluas pengintegrasian perkhidmatan daripada aplikasi sedia ada seperti MySejahtera, MyJPJ, MyBorderPass dan MyDigital ID ke dalam aplikasi MyGov Malaysia bagi memudahkan akses rakyat menerusi satu platform tunggal yang lebih bersepadu dan efisien.
Transcript
00:00Kerajaan akan memperluas pengintegrasian perkhidmatan daripada aplikasi sedia ada seperti MySejahtera, MyJPJ, MyBorderPass dan MyDigitalID ke dalam aplikasi MyGov Malaysia
00:13bagi memudahkan akses rakyat menerusi satu platform tunggal yang lebih bersepadu dan efisien.
00:20Menteri Digital Gobind Singh Dio berkata, pada tahun ini kerajaan juga merancang untuk mengintegrasikan lebih 30 perkhidmatan baru.
00:30Beliau bagaimanapun menjelaskan kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan aplikasi lain yang sedia ada buat masa ini.
00:37Sehingga kini, MyGov Malaysia menyediakan sebanyak 44 perkhidmatan yang melibatkan sejumlah 16 agensi kerajaan.
00:45Proses integrasi perkhidmatan ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dan juga berfasal.
00:51Dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan yang bersifat umum, berimpak tinggi dan kerap digunakan oleh rakyat termasuk fungsi bagi permohonan dan
00:59bayaran.
01:00Kerajaan akan mengambil pendekatan secara berperingkat untuk mengintegrasikan perkhidmatan daripada aplikasi sedia ada seperti MySejahtera, MyJPJ dan MyBaduPAS ke dalam
01:10aplikasi MyGov Malaysia.
01:11Tuan dipertua MyGov Malaysia tidak menggantikan aplikasi kerajaan yang sedia ada, namun akan terus memantau corak penggunaan serta keperluan rakyat
01:21sebelum mempertimbangkan sebarang langkah penyerasan aplikasi kerajaan pada masa hadapan.
01:26Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan ahli Parlimen Bakri Tan Hong Ping yang bertanya sama ada kerajaan
01:33bercadang untuk mewujudkan satu aplikasi government super app bagi menyatukan semua urusan kerajaan sekaligus menggantikan pelbagai aplikasi berasingan yang digunakan
01:43oleh setiap agensi.
01:44Terima kasih.
Comments

Recommended