Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan lebih 10,000 kes pendaftaran kelahiran lewat setiap tahun antara 2022 hingga 2025, dengan usaha berterusan kerajaan memastikan setiap rakyat memiliki dokumen pengenalan diri bagi mengekalkan hak pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara JPN
00:05merekodkan lebih 10,000 kes pendaftaran lewat kelahiran setiap tahun antara 2022 hingga 2025.
00:13Menterinya Datuk Seri Saifuddin Asyutiyon Ismail berkata,
00:16JPN sentiasa komited membantu rakyat yang berdepan masalah dokumentasi
00:21supaya tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
00:24Saya nak berkongsi negara media, statistik daftar lewat kelahiran
00:29sehingga 31 Januari 2026.
00:32Buat tahun ini, 2026 sahaja, kita ada 636 kes.
00:38Bagi sepanjang 2025, kita ada 10,234 kes.
00:43Bagi tahun 2024, kita ada 12,316.
00:49Bagi tahun 2023, kita ada 13,466.
00:54Dan bagi tahun 2022, kita ada 12,468.
00:59puratanya lebih kurang seribu sebulan seluruh negara.
01:04Jadi maksudnya masih ada insiden seumpama ini dan kita akan terus berusaha untuk melakukan outreach program
01:13bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
01:19Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sijil kelahiran kepada 5 kanak-kanak di Petaling Jaya pada Khamis.
01:27Saifuddin berkata, keluarga terbabit menghadapi kekangan kewangan dan kurang kesedaran tentang kepentingan pendaftaran awal.
01:34Namun kini, anak-anak mereka boleh mengakses pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan.
01:42Program Pasukan Menyemai Kasih Rakyat atau Mekar diperkenalkan bagi membantu rakyat di kawasan pedalaman atau golongan rentan
01:49di mana pegawai GPN akan turun padang bagi menyelesaikan kes pendaftaran lewat kelahiran.
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended