00:00Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa gambaran Perikatan Nasional dilihat seolah-olah berpecah belah ketika ini
00:08sebenarnya dirancang musuh menyedari kekuatan gabungan itu yang didakwanya menjadi harapan rakyat.
00:15Beliau berkata wujud usaha terancang memecah belahkan PN khususnya melibatkan hubungan PAS dan Bersatu.
00:23Menurutnya, ramai keliru kerana terpengaruh dengan kandungan berbayar di media sosial serta Laskar Cyber yang didakwa menerima bayaran ribuan ringgit untuk menimbulkan polemik.
00:35Isu pelantikan pengerusi PN menjadi polemik dalam gabungan dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan dan MIPP yang bermula dengan krisis politik di Perlis.
00:45Pada 29 Disember lalu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi PN manakala PAS mengesahkan hasrat untuk mengetuai gabungan itu.
00:56Kadija Juno, FMT.
Comments