Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Tentera Israel menemui mayat tebusan terakhir di Gaza, membuka laluan fasa kedua pelan damai dan kemajuan perjanjian gencatan senjata, termasuk pembinaan semula serta penyahmilitaran wilayah itu.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Tentera Israel mengesahkan sudah menemukan mayat tebusan terakhir di Gaza, sekaligus membuka laluan kepada fasa seterusnya pelan damai Presiden AS Donald Trump untuk berkuat kuasa.
00:14Pencarian Ranvili bermula sejak gejata-senjata dengan Hamas bermula pada Oktober lalu.
00:20Tentera Israel memulakan pencarian di sebuah tanah perkuburan pada pagi Ahad. Sayap tentera Hamas memaklumkan semua butiran mengenai lokasi vili diserahkan kepada perantara.
00:33Pejabat Netanyahu memaklumkan, Israel akan membuka semula pintu masuk sempadan utama Gaza dengan Mesir sebaik operasi mencari dan membawa pulang vili selesai.
00:43Tentera Israel berkata, penjelasan maklumat risikan sedia ada pada hujung minggu membolehkan pencarian dilakukan di tanah perkuburan berhampiran bandar Gaza.
00:54Juru cakap Hamas, Hazim Qasim berkata, penemuan itu mengesahkan komitmen Hamas terhadap semua keperluan penjanjian gejata-senjata.
01:02Di Israel, bapa tebusan itu, Idzik Vili mengucapkan selamat tinggal penuh emosi kepada anaknya di hadapan keranda.
01:09Penemuan mayat vili dijangka memberi penutupan kepada keluarganya dan menamatkan penantian panjang Israel selama 843 hari berkaitan isu tebusan.
01:21Ia juga membuka laluan kepada kemajuan selanjutnya dalam perjanjian gejata-senjata di Gaza.
01:26Israel sebelum ini enggan meneruskan proses seterusnya selagi vili belum ditemukan.
01:32Fasa kedua perjanjian itu dijangka melibatkan pembinaan semula termasuk pelucutan senjata Hamas dan kumpulan Palestine lain.
01:39Plan itu juga merangkumi penempatan pasukan perstabilan antarabangsa ISF yang masih belum dibentuk serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza.
Comments

Recommended