00:00Cabaran Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh supaya MCA keluar barisan nasional bersiko menjejaskan hubungan dua parti itu yang baru sahaja menunjukkan tanda pemulihan, kata penganalisis.
00:14Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata,
00:20Cabaran terbuka itu bukan sekadar menunjukkan retorik sayap UMNO berkenaan, sebaliknya mencerminkan keadaan gabungan yang masih ada perbezaan.
00:30Isnin lalu, Akmal mencabar naib Presiden MCA Tan Teh Cheng supaya mendesak partinya keluar BN selepas pemimpin itu mendakwa pengurusi Zahid Hamidi sebagai liabiliti terbesar gabungan.
00:43Tan, Ketua MCA Pulau Pinang mengkritik Zahid kerana menarik balik kenyataannya mengenai kewujudan tim B dalam DAP yang menurutnya menunjukkan Presiden UMNO tidak layak terus menerajui BN.
00:57Shahzah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata,
01:02Perkembangan terbaru itu berpotensi memburukkan lagi keadaan, malah berpandangan gesaan Akmal boleh mewujudkan persepsi ada pemimpin tertentu UMNO tidak lagi memerlukan MCA untuk menang pilihan raya.
Comments