00:00Sumbangan Tunai Rahma ibarat oksigen untuk Kamsani Johan menyambung kehidupan
00:07menurut bapa tunggal berusia 54 tahun itu yang menanggung 2 anak berusia 16 dan 13 tahun.
00:15Pembantu kedai itu berkata, bantuan bersasar kerajaan yang mula diagikan semalam itu
00:20tiba tepat pada masa selepas dia berhabis membeli keperluan persekolahan anak.
00:26Dekat sekolah ni, aduh banyak pakai wang. Seorang anak kat 500, dua orang seribu.
00:36Adanya STR ni dapatlah bernafas kan. Di hujung mula tertengah bulan ni kan.
00:43Kisah sama dikongsi seorang ibu tunggal Azizah Husin menyara seorang anak yang masih belajar.
00:49Azizah yang merupakan pesara tentera berkata, wang pencin hanya cukup untuk kelangsungan hidup dia dan anak.
00:57Kita ni kan bukan banyak sangat pencin ni kan. Cukup-cukup makan je.
01:00Tapi Alhamdulillah lah, kerja membasan tu adalah untuk kerja membasan tu.
01:05STR diagihkan secara berfasa dengan fasa 1 pada bulan ini,
01:09diikuti April bagi fasa 2, Ogos bagi fasa 3 dan Oktober atau November bagi fasa 4.
01:16Bagi fasa 1, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk manfaat 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan.
01:28Penerima akan menerima sebanyak RM100 sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
01:36Seorang pekerja perkhidmatan awam, Zubair Mazlan, akur nasib setiap orang tidak sama.
01:41Justeru dipercaya STR amat dinantikan oleh mereka yang memerlukan.
01:46Ada family yang memerlukan, walaupun sikit dia rasa besar lah duit yang dia bagi itulah.
01:55Zubair yang sebelum ini menerima STR kategori bujang,
01:58perlu mengemaskini statusnya apabila mendirikan rumah tangga Dizember lepas.
02:03Haa, belum sampai. Haa, pengantin baru.
02:05Hamala Devi Narison, seorang pesara yang mengusahakan gerai sarapan di projek Perumahan Rakyat Pantai Ria,
02:13masih ingat bagaimana STR menceriakan sambutan perayaan Dipawali Oktober lepas.
02:19Dia akan membantu, dia akan banyak membantu.
02:21Macam kalau dia dekat-dekat Dipawali, macam Malaysia bulan sebelas kan dia panggil kan.
02:25Bantu sangat.
02:26Haa, sebab nak belanja untuk rumah, untuk beli barang, untuk Dipawali.
02:31Jadi, samalah rasa macam untuk raya dengan China sendiri, dia akan membantu.
02:36Peruntukan keseluruhan STR dan sumbangan asas ramah bagi 2026 berjumlah RM15 bilion
02:42yang tertinggi dalam sejarah kerajaan persekutuan.
Comments