Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Indonesia memulakan siasatan berhubung nahas pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport yang terhempas di Gunung Bulusaraung, Sulawesi Selatan, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi pemulihan di lokasi kejadian.
Transcript
00:00Indonesia memulakan siasatan berhubung nahas pesawat ATR-42500 milik Indonesia Air Transport yang terhempas di Gunung Bulu Saraung, Sulawesi Selatan pada Sabtu lalu.
00:12Ketua Penerbangan Awam Indonesia, Luqman F. Laisa memalumkan keadaan cuaca turut menjadi antara faktor yang sedang diteliti dalam siasatan awal.
00:21Pihak berkuasa menegaskan setakat ini tiada kesimpulan muktamad mengenai punca kejadian dan siasatan masih diteruskan.
00:28Pesawat turboprop dengan pendaftaran PKTHD itu dilaporkan terputus hubungan pada Sabtu ketika dalam perdebangan dari Yogyakarta ke Makassar.
00:39Pasukan mencari dan menyelamat gabungan kemudiannya menemukan serpihan pesawat di Gunung Bulu Saraung yang terletak di sempadan daerah Marus dan Pakajeni Kepulauan.
00:49Operasi pencarian melibatkan tinjauan darat dan udara dengan bantuan drone serta helikopter tentera udara Indonesia terutama di kawasan bercerun dan sukar di ases.
01:02Serpihan tingkap dikesan terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan ekor pesawat ditemukan sekaligus mengesahkan lokasi nahas.
01:09Siasatan dijanakan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan yang akan mengeluarkan penemuan rasmi selaras dengan peraturan.
01:18Pesawat itu membawa 10 individu termasuk 7 anak kapal dan 3 penumpang dengan operasi pemindahan mangsa masih diteruskan.
01:26Dalam perkembangan terkini, pasukan penyelamat menemukan 2 mayat di kawasan gaung berhampiran lokasi nahas sepanjang operasi pencarian hari ketiga.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended