Sekurang-kurangnya tujuh individu termasuk seorang warga China terbunuh dalam satu letupan di sebuah restoran di pusat bandar Kabul, Afghanistan, pada Isnin, dalam insiden yang turut mencederakan beberapa individu lain.
00:00Bertemu kembali sekurang-kurangnya tujuh individu termasuk seorang warga Cina terbunuh dalam satu letupan di sebuah restoran di pusat bandar Kabul, Afganistan pada Isnin.
00:10Menurut polis Kabul, letupan itu berlaku di sebuah restoran Cina yang terletak di daerah Syar Inyao dan mengakibatkan kematian seorang warga Cina serta enam warga Afganistan.
00:21Pihak berkuasa memalumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.
00:27Kejadian tersebut turut menyebabkan kira-kira puluhan individu lain mengalami kecederaan dengan letupan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan dapur restoran.
00:37Kumpulan Daesh mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan mendakwa seorang pengebom berani mati
01:06telah memasuki restoran sebelum meletupkan bahan letupan semasa satu perhimpunan berlangsung.
01:12Kenyataan itu juga mengandungi ancaman lanjut terhadap warga Cina di Afganistan dengan mengaitkan serangan tersebut dengan isu layanan Cina terhadap umat Islam Uyghur.
01:23Dalam pada itu, Badan Amal Itali Emergensi memaklumkan pihaknya menerima sekitar 20 mangsa dari lokasi kejadian termasuk tujuh individu yang disahkan meninggal dunia.
01:32Namun jumlah korban masih bersifat sementara.
Be the first to comment