Skip to playerSkip to main content
Lembaga Keamanan Gaza: Malaysia pilih berhati-hati nyata sokongan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Malaysia mengambil pendirian berhati-hati sebelum menyatakan sokongan terhadap penubuhan Lembaga Keamanan Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menamatkan perang di Gaza.

Menurutnya, hal ini kerana Malaysia belum mendapatkan kesahihan maklumat dan senarai penyertaan dalam lembaga terbabit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764769/berita/nasional/lembaga-keamanan-gaza-malaysia-pilih-berhati-hati-nyata-sokongan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #LembagaKeamananGaza #AnwarIbrahim #pm
Transcript
00:00Kita tentunya ikuti dari dekat tentang usul-usulan daripada Presiden Donald Trump Amerika Syarikat tentang Peace Committee.
00:11Pada dasarnya, kita sokong langkah-langkah untuk menjamin kedamaian.
00:17Tapi kita juga ada beberapa pandangan tentang penumbuhan datang kuasa begitu dan ahli-ahli yang terlibat.
00:27Jadi, bangkangan kuat juga umpamanya kedudukan mantan Perdana Menteri UK, Tony Blair, yang terlibat cara langsung dalam pembantaian dan serangan terhadap Irak pada satu ketika
00:45dan sikapnya yang dianggap tidak telus dan adil dalam isu Palestine dan Gaza.
00:52Ada juga dimasukkan umpamanya penyertaan Perdana Menteri Israel dalam kekuasaan itu.
01:01Banyak pengumuman-pengumuman itu belum disahkan.
01:03Jadi, kita tentunya ada perhatian mesyuarat Jumaat Menteri hari Jumaat ini akan meneliti dan Menteri luar telah diminta untuk mendapatkan kesenarai sepenuhnya
01:17dan saya juga sedang menghubungi beberapa teman pemimpin dunia Arab, Turki dan lain-lain minta pandangan mereka.
01:26Tetapi, pada pendapat saya, ini bukanlah penyelesaian yang munusabah dan kita fikir adil,
01:37sehingga kita dapat tahu, pertama, hentikan serangan yang belum berhenti.
01:44Perjanjian sudah dimeterai.
01:47Tetapi, serangan oleh rejim Zionis Israel masih berterusan.
01:53Dalam perbincangan saya dengan Presiden Erdogan dua minggu yang lalu,
01:58isu ini kita bangkitkan dan beberapa langkah kita usulkan termasuk dengan Presiden Abul Fatah Sisi, Mesir.
02:10Dan sekarang ini ada utusan kita ke khatar untuk mendapat maklumat dari segi risikan apa yang harus dilakukan bersama.
02:20Tetapi, yang nyata, pendamaian itu walaupun langkah yang baik untuk menekan Israel untuk menghentikan,
02:29tetapi masih belum merhasil.
02:32Yang keduanya, cadangan ini hanya cadangan nama-nama jatuh kuasa,
02:37belum dicerakin apakah maklumat mereka.
02:41Kerana, bagi saya, yang pertama yang harus dilakukan ialah hentikan serangan,
02:45keduanya, berikan laluan untuk ditambah bantuan makanan dan keselesaian hidup mereka.
02:55Ada usul mempahamanya Presiden Turki,
02:57memberikan kemudahan pembangunan perumahan yang besar-besaran.
03:04Tapi itu dihalang sampai hari ini, dihalang oleh Israel.
03:08Jadi, maknanya ada perdamaian, makan minum tak terjamin.
03:15Jadi, sebab itu Malaysia agak berhati-hati sebelum memberikan dukungan terhadap usul ini.
03:22Terima kasih.
03:23Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended