00:00Bantuan sumbangan asas ramah ternyata menjadi talian hayat yang amat dinantikan oleh golongan memerlukan,
00:08terutamanya menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun ini.
00:13Bagi Sukeri Zakaria, 49 tahun, bantuan tersebut hadir tepat pada waktunya.
00:19Penyelia di sebuah pusat cuci kereta itu mengakui beban kewangan menyara dua anaknya yang masih bersekolah
00:25bukanlah sesuatu yang ringan untuk dipikul.
00:30So memang banyak membantu jugalah untuk inilah dari segi kewangan apa semua, dia boleh ringan kan beban lah.
00:37Dia rasa beras, macam-macam kicap, gula tu kena ada lah.
00:42Setelah banyak wang dihabiskan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,
00:48dengan bantuan Sarah, penerima dapat menampung keperluan asas lain.
00:52Justeru Sukeri menyatakan perhargaan kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim,
00:58atas keprihatinannya terhadap nasib rakyat.
01:01Ucap terima kasih banyak-banyak dah PM kita tu.
01:05Kira suruh diberi bantuan Sarah ni untuk semua rakyat Malaysia.
01:10Bagi pemandu van sekolah Siti Azila Ahmad, 49 tahun,
01:14bantuan Sarah menjadi sandaran buat beliau yang perlu menanggung keperluan persekolahan anaknya berusia 11 tahun
01:21dengan pendapatan bulanan hanya sekitar RM600.
01:26Berban tu adalah sikit, barang-barang asas tu apa semua.
01:30Turut bersyukur menerima bantuan Sarah, Siti Azshah Ahmad Isa, 66 tahun,
01:36seorang balu yang kini bergantung sepenuhnya kepada inisiatif itu untuk kelangsungan hidup.
01:41Tak pakai suri rumah, suri rumah juga alhamdulillah dapat.
01:47Beli barang terpakai, barang yang macam beras, minyak, tepung sikit, teh, kopi.
01:55Bantuan Sarah dikreditkan menerusi MyCap penerima yang layak
02:00dan boleh digunakan untuk membeli lebih 100,000 barangan
02:04dalam 14 kategori di 10,000 kedai runcit dan pasar mini tahun ini
02:10berbanding hanya 3,000 kedai tahun lepas.
02:14Azurin Zainal, FMT
Comments