Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pihak berkuasa Indonesia percaya pesawat ATR 42-500 yang terhempas di Sulawesi Selatan telah melanggar kawasan berbukit ketika masih berada di bawah kawalan juruterbang dan bukan berpunca daripada kegagalan enjin.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Indonesia percaya pesawat ATR-42500 yang terhempas di Sulawesi Selatan melanggar kawasan berbukit ketika masih berada di bawah kawalan juruterbang dan bukan berpunca daripada kegagalan enjin.
00:13Menurut Pengurusi Jotankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional KNKT, Surjanto Jahjono, berdasarkan dapatan awal termasuk semakan komunikasi terakhir antara kokpit dan kawalan trafik udara tidak menunjukkan sebarang petunjuk berlaku kerosakan pada sistem kawalan penerbangan.
00:31Menurut Surjanto, pasukan penyiasat kini memberi tumpuan kepada faktor-faktor menyebabkan pesawat tersebut tersasar daripada laluan penerbangan yang dirancang.
00:40Beliau turut menegaskan faktor cuaca tidak seharusnya dilihat sebagai satu-satunya punca kemalangan sambil menjelaskan bahawa keadaan cuaca lazimnya diambil kira dalam perancangan penerbangan dan ditangani melalui sistem penerbangan moden.
00:55Dalam perkembangan berasingan, pasukan pencarian menemukan alat pemancar lokasi kecemasan pesawat, emergency locator transmitter ELT di kawasan pergunungan di daerah Balochie, Kabupaten Pangkajene.
01:07Selain ELT, beberapa bahagian enjin pesawat, dokumen serta barangan peribadi milik anak kapal dan penumpang turut ditemui dan penemuan dilaporkan kepada agensi mencari dan menyelamat kebangsaan.
01:19Pada Sabtu, pesawat dikendalikan Indonesia A Transport IAT yang membawa 10 orang termasuk 7 anak kapal terputus hubungan dengan trafik kawalan udara semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
01:31Pada 2.20 petang Ahad waktu tempatan, pihak berkuasa Indonesia menemukan mayat seorang daripada 10 yang berada dalam pesawat malang itu.
01:40Ia ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter dan berhampiran serpihan pesawat.
01:45Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended