Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik rumah sewa dan premis kecil sekitar Bukit Bintang.
00:00Seterusnya, Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik rumah sewa pada Isnin.
00:09Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Zakaria Sha'ban berkata operasi tersebut dilaksanakan bersama pasukan taktikal khas atau pastak, bahagian perisikan dan juga operasi khas ibu pejabat imigresen Putrajaya.
00:21Selepas risikan selama sebulan di kawasan Bukit Bintang meliputi Jalan Alu, Jalan Cangkat dan Jalan Berdara.
00:27Tambah beliau, sindiket tersebut dijalankan oleh sekumpulan warga asing dan kegiatan mereka menyasarkan warga asing sebagai pelanggan utama melalui modus operandi menawarkan pelaburan wang antara RM50 hingga RM500 dengan janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat.
00:46Jelasnya, premis berkenaan beroperasi setiap hari dan menjadi semakin aktif pada waktu malam sehingga awal pagi.
00:53Menurut beliau, sindiket turut mengamalkan kawalan keselamatan ketat dengan melantik warga asing sebagai penjaga atau kapten termasuk pengecaman wajah sebagai tapisan sebelum pelanggan dipenarkan masuk.
01:06Selain itu, pemeriksaan ke atas 31 lelaki warga asing dan 2 lelaki tempatan turut dijalankan dalam operasi berkenaan.
01:13Daripada jumlah itu, 19 individu terdiri daripada 12 lelaki Bangladesh, 4 lelaki Myanmar dan 3 lelaki Indonesia berusia antara 21 hingga 50 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
01:28Jelas Zakaria, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6-1-C dan Seksyen 15-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.
01:45Dalam operasi sama, PASTAG merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan sindiket termasuk 59 tablet pelbagai jenama, 3 monitor, 3 dekoder CCTV dan 1 unit CCTV Wi-Fi.
01:59Jim memberi jaminan tindakan tegas dan bersepadu akan diteruskan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959 Palang 63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Atipsum 2007.
Be the first to comment