Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia, Mastura Aziz, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM140,000 bagi membenarkan kemasukan 56 warga Bangladesh secara tidak sah.
00:00Seterusnya, seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Shalam atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM140,000 bagi membenarkan kemasukan 56 warga Bangladesh ke negara ini secara tidak sah.
00:17Tertuduh Mastura Aziz, 48 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Muhammad Nasir Nordin.
00:25Memetik laporan bernama, difahamkan dia didakwa menerima wang rasuah daripada seorang warga asing ketika bertugas sebagai timbalan penolong pengarah di KLIA Terminal 1 sebagai dorongan untuk mengabaikan prosedur rasmi imigresen.
00:41Kesalahan itu didakwa berlaku pada 3, 7, 11 dan 15 Mei 2025, masing-masing di sebuah pusat beli belah di Sepang, medan selera bandar warisan di Bandar Baru Salat Tinggi, serta sebuah stesen minyak di persiaran warisan maju.
00:56Mastura dituduh mengikut Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.
01:11Subungan itu, pihak pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya SPRM Irna Juliza Ma'aras mencadangkan jaminan RM50,000 beserta syarat tambahan.
01:21Bagaimanapun, Peguam Bela Datuk Gitan Ram Vincent memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan anak guamnya sentiasa hadir setiap proseding dan bersedia mematuhi semua syarat mahkamah.
01:33Susulan itu, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan.
01:40Hakim memerintahkan tertuduh melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan menetapkan 25 Februari sebagai tarikh sebutan kes seterusnya.
Be the first to comment