Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Rauf Yusoh belum menerima surat peletakan jawatan daripada Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
00:00Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusuf memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berhubung kedudukannya sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
00:13Menurut beliau sekiranya surat berkenaan diterima, perkara itu perlu diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk sama ada peletakan jawatan diterima atau sebaliknya.
00:25Proses itu juga katanya tertakluk kepada persetujuan yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Muhammad Ali Rustam memandangkan pelantikan ahli ASCO dibuat oleh yang di-Pertua Negeri.
00:37Boleh dijangkakan hari ini besok ataupun lusa tapi surat ini saya kena susul kepada Tuan yang terutama Tun kerana pelantikan ahli ASCO ini datangnya daripada Tuan yang terutama yang di-Pertua Negeri Melaka.
00:51Tuan pula bercuti jadi saya pun tak dapatlah tak mengusulkan perkara. Jadi setakat hari ini kita tunggu dah lihat dulu.
00:58Selama ada saya hanya akan berwonding dengan Tuan penerima ataupun tidak dan saya akan umumkan selepas satu masa yang cukup.
01:09Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bertemakan Tahun Pelaksanaan,
01:16petunjuk kemampanan, menyelesaikan amanah, memperkukuh prestasi di pusat dagangan antarabangsa Melaka MITC Ikeruh pada Isnin.
01:25Mengulas kesan pengumuman Dr. Akmal terhadap pentadbiran negeri, Abdul Rauf menegaskan keputusan itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kestabilan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri Melaka.
01:35Menurut beliau, Melaka bukan sebuah kerajaan perpaduan yang dibentuk hasil gabungan terpaksa,
01:41sebaliknya mempunyai sokongan majoriti 2 per 3 dalam Dewan Undangan Negeri sejak pilihan raya negeri lalu.
Be the first to comment