Pihak berkuasa Indonesia menemukan mayat seorang daripada 10 individu yang berada dalam pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesian Air Transport (IAT).
00:00Pertemu semula, pihak berkuasa Indonesia menemukan mayat seorang daripada 10 individu yang berada dalam pesawat malang ATR-42500 milik Indonesian Air Transport IAT.
00:11Koordinator misi mencari dan menyelamat SAR, Mohd Arif Anwar berkata, mayat itu dipercayai penumpang pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu.
00:19Menurutnya, mayat itu ditemukan pada kira-kira 2.20 petang waktu tempatan pada ahad di lereng Bukit Bulua Saruang dalam Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan
00:29di mana serpihan pesawat dikesan sebelum ini. Katanya ia ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter dan berhampiran serpihan pesawat
00:37dan usaha mengeluarkan mayat sedang dijalankan. Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara
00:46kira-kira tengah hari Sabtu di daerah Maros, semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
00:52Selain itu, pasukan SAR telah mengenalpasti lokasi enjin pesawat berdasarkan laporan visual dari lapangan dan turut menemukan serpihan tambahan
01:01termasuk bahagian badan pesawat serta kerusi.
Be the first to comment