108 tapak jualan disediakan DBKU tahun ini merangkumi kategori makanan, minuman dan panggangan, sekali gus memberi ruang kepada lebih ramai penjaja tempatan menjana pendapatan sepanjang bulan puasa.
00:00Penjaja dan peniaga kecil di kawasan DBKU boleh memohon tapak niaga bagi Bazar Ramadan Satok bermula selasa 20 Januari 2026.
00:11108 tapak jualan disediakan merangkumi kategori makanan, minuman dan peragaan sekaligus memberi ruang kepada lebih ramai penjaja tempatan menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.
00:24Dan kita berharap kita akan buat proses pengundian secepat yang mungkin sebab persediaan, segala persediaan telah kita buat di peringkat jabatan, di peringkat DBKU dan pada tahun ini kita berharap ia akan lebih lancar dan lebih berhemah lagi untuk penjaja kita dan kita berharap ia akan dapat dilaksanakan dengan baik.
00:48I think that is what we have prepared, kita dah prepare dan cuma sekarang kita tengah menunggu untuk invitation untuk masuk dan juga kita akan buat undian secepat mungkin.
00:59Menerusi hantaran di Facebook DBKU, pihaknya memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 9 pagi hingga 5 petang menerusi laman web berasmi DBKU
01:10dengan setiap permohonan akan melalui proses taringan dokumen sebelum dipilih menerusi undi masuk.
01:16Daripada jumlah keseluruhan petak yang ditawarkan, 82 petak diperuntukkan bagi jualan makanan, 22 petak minuman, manakala 4 petak khas bagi jualan panggang dengan kadar bayaran antara RM450 hingga RM500.
01:32Proses undi masuk bagi pemohon yang layak dijadwalkan berlangsung pada 27 Januari disiarkan secara langsung di Facebook DBKU, manakala semakan keputusan boleh dibuat pada 30 Januari.
01:47Penjaja yang berjaya akan diwajibkan hadir ke sesi taklimat, cabutan nombor petak dan pembayaran pada 7 Februari di Auditorium DBKU Bukit Siol, Kuching.
Be the first to comment