00:00Ahli Parlimen Indramah Kota Saifuddin Abdullah yang dipecat bersatu semalam mendakwa, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada lembaga disiplin parti berhubung permintaannya untuk mengadakan satu perbicaraan baharu sebelum pemecatannya.
00:16Saifuddin berkata, beliau telah mengemukakan permohonan untuk perbicaraan semula dengan mengemukakan tiga tuntutan termasuk meminta Presiden Muhyiddin Yassin memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
00:28Menurut Saifuddin, sekiranya semua tuntutan itu dipenuhi, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga disiplin parti.
00:37Saifuddin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah dipecat daripada parti itu kerana didakwa melanggar fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.
00:48Bagaimanapun, kesalahan itu tidak diperincikan.
00:52Bekas menteri itu berkata, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan pemecatannya.
00:57Beliau turut digugurkan daripada jawatannya sebagai Ketua Perikatan Nasional Pahang.
01:03Saifuddin dipanggil menghadap lembaga disiplin selepas beliau secara terbuka menggesa Muhyiddin yang ketika itu merupakan pengerusi PN meletakkan jawatan.