00:00Nurul Izzah Anwar menafikan dawaan bahawa beliau meletak jawatan sebagai timbalan Presiden PKR.
00:07Beliau menyefatkan maklumat yang tular itu sebagai spekulasi berniat jahat dan tidak benar sama sekali.
00:13Dalam kenyataan ringkas, beliau menegaskan kekal komited menjalankan amanah yang diberikan oleh anggota parti.
00:20Beliau turut memaklumkan tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan parti ketika ini.
00:26Fokus utama beliau katanya adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan PKR selaras dengan mandat demokrasi organisasi.
00:35Nurul Izzah juga meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.
00:41Menurutnya, hanya kenyataan rasmi parti perlu dijadikan rujukan.
00:45Beliau menghargai keprihatinan semua pihak namun menegaskan penyebaran maklumat palsu
00:51boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan kestabilan politik parti.
00:57Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fazil menyifatkan dawaan kononnya Nurul Izzah meletak jawatan
01:04sebagai berita palsu dan meminta orang ramai tidak menyebarkannya.
01:09Nurul Izzah, anak kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, memenangi jawatan timbalan Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028.
01:18Beliau menewaskan penyandang Rafizi Ramli dalam pertumbungan satu lawan satu.
01:25Zahra Alam, Yahya Syahir, FMT
Comments