Skip to playerSkip to main content
Seorang peniaga kedai makan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang pekerja spa, 27 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 38, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762339/berita/semasa/peniaga-tidak-mengaku-cabul-pekerja-spa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tidakmengakubersalah #peniaga #pekerjaSpa #Melaka
Transcript
00:00Seorang peniaga kedai makan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Magistrat Aikeroh, Melaka, pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang pekerja SPA 27 Disember lalu.
00:12Tertuduh, Muhammad Azrullah Muhammad Rozi, 38 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Sharda Shinhah, Muhammad Sulaiman.
00:23Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencabul mangsa berusia 21 tahun dengan cara menyentuh dan memicit punggung mangsa ketika wanita itu sedang menyapu sampah di hadapan Premis.
00:37Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 11.40 pagi pada Sabtu lalu di Taman Satu Lagenda, Melaka.
00:44Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
00:56Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended