Skip to playerSkip to main content
Letupan di Nilai: 'Ayang' mengaku tidak bersalah di katil hospital

Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai ‘Ayang’ mengaku tidak bersalah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada Jumaat, atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri (IED) yang didakwa berlaku bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Yeoh Hock Sun, 63, yang terbaring di katil hospital membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763358/berita/semasa/letupan-di-nilai-ayang-mengaku-tidak-bersalah-di-katil-hospital

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Seremban #Ayang #IED #Hospital

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Ayang mengaku tidak bersalah di Hospital Tuanku Jaafar seremban pada Jumaat atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri, IED, yang didakwa berlaku bulan lalu.
00:14Tertuduh Yo Hoxan, 63 tahun, yang terbaring di katil hospital membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:26Difahamkan, proseding tersebut bermula sekitar jam 9.50 pagi namun terpaksa ditangguhkan kira-kira 20 minit selepas tertuduh mengadu mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.
00:38Pakar perubatan yang bertugas kemudiannya memberikan rawatan lanjut selepas proseding disambung semula pada jam 10.15 pagi selepas tertuduh disahkan berada dalam keadaan stabil.
00:48Bagaimanapun, media tidak dibenarkan mengikuti proseding berkenaan dan hanya menunggu di luar pintu masuk bangunan hospital.
00:57Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan bahan letupan yang menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 Triton milik seorang lelaki berusia 47 tahun.
01:12Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 Disember 2025 kira-kira jam 5.55 pagi di kawasan Pakir Blok A, Pangsapuri Desa Palma, Nilai.
01:23Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
01:35Mengikut tiga pertuduhan lain, tertuduh didakwa memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia berniat menggunakannya bagi maksud menyebabkan kecederaan.
01:47Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tarikh sama antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam masing-masing di sebuah unit pangsapuri Desa Palma di dalam sebuah kerika jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan Star Valley, Nilai, serta diteti jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin, Nilai.
02:06Bagi kesalahan berkenaan, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1558 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
02:21Selain itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 4 Akta yang sama kerana menggunakan Bahan Letupan Buatan Sendiri, IED, secara salah dan dengan niat jahat untuk mendatangkan kecederaan.
02:32Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan.
02:39Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
02:46Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Azihah Asmuni.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended