Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
MCCA menegaskan kewujudan finfluencer di Malaysia berlaku tanpa garis panduan jelas, sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko kerugian besar.
Transcript
00:00Selepas ini, Persatuan Pengguna Cyber Malaysia, MCCA menegaskan kewujudan golongan pempengaruh keuangan di negara ini berlaku secara organik tanpa garis panduan jelas.
00:10Sekaligus mendedahkan pengguna kepada risiko kerugian besar.
00:14Presidennya, Mohd Sirajudin Jalil berkata, kebanyakan produk pelaburan yang dipromosikan oleh golongan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
00:21Seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC, sekaligus menyebabkan insiden kerugian melibatkan jumlah jutaan ringgit.
00:30PIN Fluencer ataupun Financial Fluencer ini, saya rasa belum cukup garis panduan dia dan kewujudan PIN Fluencer itu sendiri berlaku secara organik oleh pempengaruh di Malaysia ini yang cukup dikenali dengan aktiviti forex dan juga matawang kripto.
00:54dan disebabkan mereka ini bergerak timbul secara organik dan juga secara berleluasa, akhirnya banyak produk-produk yang dipromosikan mereka itu tidak mendapat kelulusan daripada pihak bank negara sebagai contoh.
01:12Ada yang tidak dapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti.
01:16Maka akhirnya ada banyak insiden-insiden yang mengakibatkan pengguna itu kerugian bukan beribu ringgit.
01:24Ada yang berjuta ringgit disebabkan produk-produk pelaburan yang dipromosikan oleh PIN Fluencer.
01:30Jadi pada awal ini memang tidak ada pun satu gad.
01:34Mohd Sirajuddin sehubungan itu mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sesi libat urus bersama golongan pempengaruh kewangan
01:41bagi mengangkat kemahiran mereka ke arah mempromosikan pelaburan yang sah dan selamat.
01:47Jelasnya lagi jika kemahiran ini diterjemahkan kepada promosi pelaburan yang diiktiraf kerajaan,
01:52ia bukan sahaja memberi mesej jelas kepada masyarakat, malah menambah nilai kepada kecairan pasaran dan perkhidmatan kewangan negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended