Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Kerajaan Selangor bangunkan tanah perkuburan Islam baharu di Kampung Sungai Kertas berkonsepkan Raudhatul Sakinah, dengan 6,623 lot kubur untuk tampung keperluan jangka panjang.
Transcript
00:00Pembangunan tanah perkuburan Islam baru di kampung Sungai Kertas Mukim Batu merupakan satu keperluan mendesak.
00:07Berikutan kapasiti tanah perkuburan sedia ada di kawasan gombak semakin terhad dan hampir penuh.
00:13Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, projek yang akan dibangunkan berkonsepkan kubur dalam taman atau Raudatul Sakinah
00:22itu bertujuan menyediakan kemudahan perkuburan yang lebih teratur, beradab dan selesa untuk penduduk setempat.
00:30Menurutnya pembangunan tersebut secara keseluruhannya melibatkan penyediaan sebanyak 6,623 plot kubur
00:37merangkumi 5,653 lot dewasa dan 868 lot kanak-kanak sekaligus mampu menampung keperluanjang kepanjang penduduk di gombak dan kawasan sekitarnya.
00:50Bagi FASA 1A, sebanyak 812 lot kubur akan disediakan membabitkan 735 lot dewasa dan 76 lot kanak-kanak sebagai langkah awal menengani kekangan kapasiti tanah perkuburan sedia ada.
01:04Amiruddin berkata pembangunan FASA pertama projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun hadapan selari dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat di kawasan gombak.
01:15Tambahnya kerajaan negeri berharap projek itu bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kekurangan tapak perkuburan
01:21malah menyediakan persekitaran yang lebih terancang dan kondusif untuk kemudahan umat Islam di Selangor.
01:28Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended