Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Gobind Singh Deo berkata keputusan kes 1MDB menekankan keperluan reformasi institusi dan ketelusan. Kerajaan MADANI telah memulakan langkah seperti pindaan Akta Audit dan pemisahan peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya.
Transcript
00:00Seterusnya, keputusan Kes 1 Malaysia Development Berhad 1MDB baru-baru ini mewakili sebagian daripada usaha yang lebih besar yang diperlukan untuk membawa perubahan di Malaysia.
00:11Namun, desakan untuk pembaruan mesti diteruskan ketika negara melangkah ke-2026.
00:17Menurut pengerusi kebangsaan DAP, Gobind Singh Dio, Kes 1MDB ini melambangkan keperluan mendesak untuk reformasi institusi, accountability dan pemulihan integriti dalam pentadbiran awam.
00:32Dalam kenyataan pada ahad Ahli Parlimen Damansara itu berkata, Kerajaan Madani telah mengambil langkah untuk memindah Akta Audit dan Akta Perkhidmatan Parlimen antara lain
00:40dan juga telah memulakan usaha untuk memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya bagi memastikan ketelusan dan accountability dalam pendawaan.
00:48Ujiannya lagi, kini terdapat keperluan mendesak untuk turut menggesa pembaharuan dalam agensi penguatkuasaan supaya perubahan sebenar dapat dilaksanakan.
00:55Sampai beritiraf usaha semua agensi penguatkuasaan di negara ini, Menteri Digitik itu berkata,
01:00terdapat masalah yang perlu ditangani untuk meningkatkan keyakinan.
01:03Go Bin juga mengulangi pendirian tegas DAP terhadap rasuah dan salah guna kuasa dengan menyatakan bahawa parti itu bersama-sama pemimpin politik, aktivis, masyarakat sivil dan rakyat yang prihatin telah menggesa tindakan diambil sejak awal skandal 1MDB timbul.
01:18Beliau berkata, kes itu yang telah menjangkau lebih sedekat bukan sahaja mencengkam negara tetapi juga menarik perhatian global termasuk keputusan pendawaannya.
01:25Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 72 tahun,
01:34selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended