Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Kota Tinggi–Kluang, malam tadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 84 Jalan Kota Tinggi Keluang malam semalam.
00:13Ketua Polis Daerah Keluang, Asisten Komisioner Bahrain Muhammad Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.48 malam berhampiran rumah rakyat Gunung Lambak.
00:24Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.
00:36Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:40Pemandu pacuan empat roda tidak cedera namun penumpang wanita berusia 28 tahun mengalami kecederaan di kedua-dua tangan dan beberapa kecederaan ringan.
00:50Mayat mangsa dibawa ke Hospital Keluang untuk berdas siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended