Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Proses pengundian fasa pertama pilihan raya umum Myanmar 2025 berakhir Ahad, melibatkan 21,517 pusat mengundi dan 57 parti politik. Fasa kedua dan ketiga dijadual pada Januari 2026.
Transcript
00:00Seterusnya, proses pengundian bagi fasa pertama pilihan raya umum berbilang parti Myanmar 2025 berakhir pada petang Ahad.
00:09Pengundian bermula pada 6 pagi waktu tempatan dan penutupan pusat berkenaan pada 4 petang.
00:15Susulan penutupan itu, petugas pilihan raya di pusat mengundi berkenaan dengan kehadiran wakil media tempatan dan antarabangsa, calon serta pemerhati menjalankan proses pengiraan undi termasuk undi awal
00:27bagi kerusi Dewan Rakyat, Dewan Negara serta Dewan Undangan Negeri dan Wilayah.
00:34Menurut Pasukan Maklumat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar, seramai 139 anggota pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa dan wakil komuniti diplomatik hadir
00:45bagi membuat hati dan memantau proses pengundian yang berjalan secara teratur dan bebas semasa fasa pertama pilihan raya pada Ahad.
00:53Pilihan raya umum 2025 dijadualkan dalam 3 fasa. Fasa kedua dan ketiga masing-masing dijadual berlangsung pada 11 dan 25 Januari 2026.
01:04Pilihan raya itu melibatkan 692 kawasan pilihan raya di seluruh negara dengan kira-kira 5,000 calon daripada 57 parti politik
01:12bertanding bagi merebut kerusi di ketiga-tiga badan perundangan berkendaan.
01:16Menurut Suranjaya Pilihan Raya Kesatuan, sebanyak 21,517 pusat mengundi disediakan di seluruh negara.
01:24Keputusan akhir pilihan raya dijangka diumumkan selepas selesai semua fasa pengundian.
01:29Pilihan raya umum terakhir Myanmar diadakan pada November 2020.
01:312,020.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended