Skip to playerSkip to main content
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memberitahu bahawa, empat surat yang didakwa sebagai bukti derma daripada pemerintah Arab Saudi, semasa perbicaraan empat kes mengunakan kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram (AMLA) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, sebagai dipalsukan.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman di Putrajaya berkata, salinan asal surat berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761827/berita/semasa/surat-derma-arab-saudi-kes-1mdb-palsu---hakim

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #1MDB
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Rumpur pada Jumaat memberitahu bahawa
00:04empat surat yang didakwa sebagai bukti derma daripada
00:07pemerintah Arab Saudi semasa perbicaraan empat kes menggunakan
00:12kedudukan untuk rasuah dan 21 pengubahan wang haram AMLA
00:16dan 1 Malaysia Development Berhad 1MDB sebanyak 2.3 bilion ringgit
00:23sebagai dipalsukan.
00:25Hakim Dato' Colin Lawrence Sequera yang bersidang di Istana
00:29Kehakiman di Putrajaya berkata salinan asal surat berkenaan
00:33tidak pernah dikemukakan kepada mahkamah.
00:36Menurutnya, tiada pengesahan dibuat barisan pembelaan yang mewakili
00:40Dato' Sri Najib bagi memastikan dana itu dibuat pemerintah Arab Saudi
00:45Almarhum Raja Abdullah.
00:47Surat itu dipalsukan kerana ada keterangan menunjukkan wang tersebut
00:52sebenarnya berpunca daripada dana 1MDB.
00:55Menurutnya, ada pengesanan dana tersebut menunjukkan ia disalurkan
01:00melalui syarikat swasta pihak ketiga Vista Equity, Blackstone dan Tenor
01:05entiti yang dimiliki Ahli Keuangan Buruan Eric Tan.
01:10Colin berkata, menjadi suatu yang luar biasa apabila tiada surat balasan
01:14dihantar kepada keluarga diraja itu sebagai salah satu tanda berterima kasih
01:19di atas sumbangan yang diperoleh.
01:21Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Pemerintahan Persekutuan
01:25pada 3 Disember lalu berkata, mahkamah mendapati dana tersebut
01:29boleh dianggap sangat mencurigakan.
01:32Selepas lebih tiga jam membaca dapatan keputusan 25 kes penyelewengan
01:37dana 1MDB, mahkamah menangguhkan proseding pada jam 12.15 tengah hari
01:43dan disambung jam 3 petang hari ini.
01:51Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended