00:30Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami sebagai menteri dan timbalan menteri untuk bersama-sama menahkodai KBS dan untuk memastikan kesinambungan gerak kerja itu akan terus berlaku.
00:54Dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mantan Menteri KBS YBM Hanayoh yang telah pun membuat satu gerak kerja yang cukup hebat sepanjang beliau menjadi menteri dan juga tidak lupa kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Mantan YBM Adam Adli yang telah bersama-sama juga dalam pasukan sebelum ini untuk menerajui KBS pada sebelum ini.
01:22Kedua-dua Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri telah pun membuat satu gerak kerja yang cukup hebat cukup mantap sekali dan saya sudah pasti kesinambungan gerak kerja itu akan diteruskan oleh saya dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri.
01:39Dan yang paling penting sebenarnya dengan bantuan dan juga sokongan daripada Datuk Dr. KSU yang begitu komited dan juga begitu hebat dalam bersama-sama membangunkan KBS ini sendiri.
01:56Jadi ini hari pertama saya baru sampai dan banyak perkara-perkara yang perlu saya menelah lebih teliti.
02:08Jadi ini hanyalah satu shot sahaja daripada saya dan saya menjamin untuk selepas-lepas ini saya akan panggil semula media untuk kita berikan penerangan dan penjelasan
02:20yang lebih lanjut berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan sendiri terutama dengan isu-isu semasa.
Comments