00:30Saya ada bercakap khusus berkaitan isu serangan yang dibuat terhadap pelantikan Yang Berhormat Hanayo dan Yang Berhormat Datuk Lo, timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan.
00:48Jadi ada beberapa perkara yang wajib dijelaskan bahawa bagi pelantikan Yang Berhormat Hanayo, beliau menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan portfolio Wilayah Persekutuan.
01:05Dia bukan kementerian Wilayah Persekutuan seperti sebelum ini, maka bermaksud bagi Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketuanya adalah Yang Berhormat Perdana Menteri.
01:15Jadi sebarang tindakan, keputusan itu akan dirujuk juga dengan Yang Berhormat Perdana Menteri.
01:21Dan kebiasaannya, pasca kabinet, mesyuarat post kabinet itu akan disertai oleh semua Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
01:31Itu kelaziman. Jadi dari segi pengurusan tidak berlaku apa-apa perkara, Yang Berhormat Perdana Menteri memantau dan sekiranya perlu mengambil dan menyampaikan apa-apa nasihat ataupun arahan kepada Menteri-Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.
01:45Itu lazimnya.
01:47Yang Berhormat Hanayu ada memaklumkan bahawa Dato' Dr. Ashraf Wajdi ada menghubungi beliau dan ada beberapa perkara daripada posting beliau itu telah disalahtafsir oleh sebuah media online.
02:05Jadi itu yang cuba mengadu domba dan salahtafsiran itu, itu mungkin interpretasi Dato' Ashraf terhadap media.
02:17Tersebutlah. Tapi bagi isu pelantikan timbalan Menteri Agama, Yang Berhormat Senator Marhamah, beliau telah menjelaskan beberapa perkara yang menjadi tomahan dan fitnah daripada pelbagai pihak.
02:34Tapi perjelasan itu saya lihat agak tuntas berkait sama ada isu kempen Justice for Zara, dana yang dipungut, yang segala dari segi peraturannya adalah mematuhi.
02:50Syarat-syarat dan telah mendapat persetujuan dan juga sokongan ataupun kelulusan daripada, mendapat kelulusan daripada pejabat Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah waktu itu.
03:06Dan nama Yang Berhormat Senator Marhamah tidak ada dalam akaun yang mengutip dana tersebut.
03:17Dan dana itu juga di audit. Ada penjelasan yang telah diberi.
03:21Jadi saya tidak lihat isu-isu itu akan berlarutan. Cuma ada beberapa pihak yang menyerang beliau dalam media sosial.
03:29Jadi penjelasan yang beliau telah berikan itu saya rasa memadai.
03:35Berkenaan dengan Yang Berhormat Adam Adli, ini berkait dengan apa yang pernah beliau sebut lontarkan sebelum ini.
03:45Dan itu dalam bidang politik adalah satu kebiasaan.
03:49Yang Berhormat Perdana Menteri juga sering dibangkitkan, janji beliau untuk menurunkan harga minyak.
03:59Jadi mana-mana ahli politik biasanya akan diingatkan dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini.
04:07Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sering diingatkan tentang kenyataan beliau
04:12menyebut PAS sebagai parti ajaran sesat.
04:16Sebagai contoh, the things that you said before.
04:20Jadi bagi saya itu adalah satu kebiasaan.
04:24Dan mungkin dalam menggalas tanggungjawab sebagai timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,
04:30Yang Berhormat Adam akan dapat lebih banyak ruang untuk melihat apakah cara terbaik
04:36untuk melaksanakan apa yang beliau sebut sebelum ini.
04:39Sekiranya ia dari segi keuangan, dari segi pelaksanaan, mampu dilaksanakan.
04:46Ada beberapa perkara yang sebenarnya melalui PTPTN telah berjaya kita laksanakan.
04:51Contoh, hasrat untuk memberi pendidikan percuma,
04:54yang mana sejumlah penerima bantuan PTPTN,
05:00yang cukup syarat dari kalangan B40,
05:03akan diberi pelepasan daripada membayar balik hutang PTPTN.
05:08Jadi ini adalah sebahagian daripada usaha pihak kerajaan.
05:13Kita juga ambil maklum tentang jumlah hutang yang ada berkait dengan pinjaman PTPTN.
05:21Jadi saya ambil peluang ini untuk memberi sedikit peringatan kepada mereka yang pernah meminjam daripada PTPTN.
05:28Pastikan anda melunaskan sekiranya ada sebarang hutang dengan pihak PTPTN.
05:38Terima kasih.
Comments