Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebanyak 4.891 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum diselesaikan oleh orang awam dengan jumlah tunggakan hampir mencecah RM1.4 bilion.
Transcript
00:00Sebanyak 4.891 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ masih belum diselesaikan oleh orang awam dengan jumlah tunggakan hampir mencecah 1.4 bilion ringgit.
00:14Ketua Pengarah JPJ, Dato' Eddie Fadli Ramli berkata tempoh diskaun 50% saman JPJ bermula 1 November lalu akan berakhir pada 30 Disember ini.
00:24Dan Eddie Fadli menjelaskan setakat ini hanya 520,000 saman telah diselesaikan dengan jumlah bayaran kekira 70 juta ringgit.
00:33Katanya orang awam masih mempunyai kekira 14 hari untuk memanfaatkan diskaun saman JPJ sebanyak 50%.
00:40Eddie Fadli berkata kebanyakan saman tertunggak itu melibatkan pesalah yang aktif dengan ada yang melebihi 10 tahun dan belum diselesaikan.
00:50Beliau berkata saman JPJ layak menerima diskaun 50% dengan membabitkan semua jenis kesalahan.
00:56Beliau berkata mulai 1 Januari 2026, tiada lagi diskaun saman JPJ akan diberikan.
01:01Eddie Fadli berkata diskaun itu diberikan sebagai peluang terakhir sebelum pelaksanaan struktur bayaran saman mengikut tempoh seperti ditetapkan kerajaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended