00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah 14.55 bilion ringgit.
00:08Nibbalan Menteri Kewangan Lim Huiying berkata, jumlah bayaran balik itu melibatkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025.
00:17Bila berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 17.5% berbanding bayaran balik lebihan cukai berjumlah 12.39 bilion ringgit yang melibatkan 2.71 juta kes yang direkodkan pada tahun lepas.
00:35Daripada 3.47 juta kes yang dibayar balik tahun ini, sebanyak 3.34 juta kes telah selesai dibayar sepenuhnya dengan jumlah bayaran balik sebanyak 13.32 bilion ringgit.
00:48Dalam usaha memperkukuh pengurusan bayaran balik lebihan cukai, beliau berkata LHDN telah merangka strategi bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur
01:00dengan keutamaan diberikan kepada kes bayaran balik lebihan cukai berdasarkan usia tunggakan.
01:07Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan rang undang-undang RUU Kewangan 2025 di Dewan Negara pada Isnin.
01:13Menurutnya antara strategi LHDN termasuk membayar dahulu lebihan cukai dan menjalankan audit kemudiannya dan mendahulukan tunggakan bayaran balik yang lebih lama.
01:23Antara strategi yang diambil oleh LHDN adalah seperti berikut.
01:32Pendekatan bayaran balik secara refund first audit later di mana LHDN akan membayar dahulu lebihan cukai dan menjalankan audit kemudian.
01:42Yang kedua menggunakan menggunakan pakai konsep first in first out iaitu tunggakan bayaran balik yang lebih lama akan didahulukan.
01:51Yang ketiga mengagirkan bayaran balik lebihan cukai secara seimbang berdasarkan usia tunggakan.
01:58Yang keempat membuat bayaran penuh bagi tunggakan bayaran balik lebihan cukai untuk kategori pembayar cukai individu
02:06dan mempertimbang keutamaan kepada PMKS atau syarikat yang mengalami masalah aliran tunai.
02:15Terima kasih.
02:16Terima kasih.
Comments