Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Tokyo membuka ruang kerjasama baharu Malaysia-Jepun, termasuk perjanjian bekalan LNG jangka panjang, penggunaan mata wang tempatan ringgit-yen serta kerjasama dalam sektor teknologi, tenaga dan industri bernilai tinggi.
Transcript
00:00Tiga hari lawatan rasmi Sulung Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim ke Jepun berjaya menyaksikan beberapa perkembangan penting.
00:07Bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Tokyo, tapi pada masa sabar, menarik peluang baru bagi pemain industri.
00:15Untuk perincangan hasil lawatan ini, kita bersama wartawan Nabila Kalida dan jurukamera Salehin Hussein yang berada di Tokyo. Silakan Nabila.
00:26Baik, rangkuman tiga hari lawatan rasmi Sulung. Yang berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim, kita lihat fokus utama adalah
00:33untuk memperkukuh hubungan strategi antara Malaysia dan juga Jepun.
00:37Dan kita lihat bukan sahaja dari sudut diplomatik, tapi lebih daripada aspek ekonomi, pelaburan dan juga kerja strategik untuk masa
00:44depan.
00:45Dan antara perkembangan yang paling signifikan kita lihat, yang dapatan ataupun apa yang beliau bawa pulang dari Jepun ini adalah
00:51apabila Petronas mebekalkan gas asli Cercaya ataupun LNG ataupun kita nak bawalah kepada Jepun menerusi perjanjian jangka panjang.
01:00Jangka panjang itu berapa tahun kita boleh kongsikan kepada anda adalah sebanyak ataupun selama 20 tahun bermula tahun 2028.
01:09Pada kerja ini, kerjasama ini bukan sahaja nak membantu menjamin keselamatan tenaga di Jepun, tapi pada masa sama untuk kukuhkan
01:16lagi kedudukan Malaysia sebagai rakan tenaga yang strategik dan juga stabil dan dipercayai di peringkat global, bukan sahaja di peringkat
01:24serantau.
01:24Dan dalam masa sama lawatan ini, kita turut menyaksikan pemeteraian Memerandang Kerjasama ataupun MOC dan juga dua surat hasrat yang
01:33melibatkan dua sektor, melibatkan sektor penting seperti sebagai contoh tenaga, teknologi dan juga pembangunan bakat.
01:40Dan ini menunjukkan hubungan antara Malaysia dan juga Jepun itu kini bergerak ke arah bidang yang bernilai tinggi dan bukan
01:47sahaja kerjasama di peringkat tradisional seperti pembuatan dengan tumpuan kepada industri masa depan seperti kecedasan buatan, sendi konduktor, pengkeputuran kuantum
01:58dan sebagainya.
01:59Dan ini juga termasuk antara lain yang kita boleh dapat daripada lawatan kerja ini adalah menekankan di mana Perdana Menteri
02:08ada membuat satu kerjasama kewangan lah karansi di mana kita khususnya menekankan tentang mata wang tempatan antara ringgit dan yen.
02:16Dan beliau menifatkan kerjasama kewangan ini sangat dekat di hati beliau dan beliau melihat ia adalah sebagai satu strategi untuk
02:24kurangkan kebergantungan kepada mata wang luar sebagai contoh dolar AS dan ini antara lain adalah untuk memperkukuh daya tahan ekonomi
02:32kedua-dua negara dalam berdepan ketidaktentuan global sebagai contoh apa yang berlaku di Iran yang diserang oleh AS dan juga
02:41Israel.
02:41Dan sepanjang lawatan ini juga kita boleh rangkumkan dan kita dapat lihat Perdana Menteri untuk menyampaikan syarahan di platform akademik
02:49dan ekonomi utama di Tokyo termasuk di Universiti Tokyo dan juga Nikkei Forum.
02:54Dan di kedua platform ini di Nikkei Forum dan juga Universiti Tokyo beliau ada membawa mesej yang lebih besar mengenai
03:01kepentingan kestabilan dan serantau kerjasama Asia dan juga peranan Malaysia dan Jepun dalam memperkukuhkan ASEAN dan juga Indo-Pasifik.
03:11Ini adalah untuk mengekalkan keterbukaan Asia dan juga ASEAN untuk bekerjasama dan membawa suara ASEAN itu untuk kita membawa keamanan
03:23di peringkat antarabangsa.
03:24Jadi dalam pada masa sama beliau turut menyentuh keperluan nak pastikan rantaian bekalan itu kekal stabil dan selain itu untuk
03:31menggalakkan hubungan antarabangsa yang lebih seimbang dalam menghadapi syabaran global.
03:36Dan selain pertemuan rasmi, Perdana Menteri juga ada mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri dan juga tokoh-tokoh perniagaan terpilih
03:44di Jepun ini adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia dan ini khususnya dalam sektor teknologi dan
03:52juga ekonomi hijau.
03:54Jadi secara keseluruhannya saya boleh rangkumkan di sini, mesej daripada lawatan ini kita lihatlah jelas adalah untuk kita pastikan hubungan
04:03Malaysia kini berkembang ke arah yang lebih tinggi daripada sekadar hubungan perdagangan kepada kerja serama strategik dalam sektor tenaga, teknologi
04:13dan juga industri bernilai tinggi.
04:14Dan dengan ulang tahun ke-70 hubungan Malaysia dan juga Jepun pada tahun hadapan 2027, yang ke-70 kita dapat
04:24saksikan mungkin kedua negara ini kita lihat berada pada landasan yang kukuh dan strategik untuk kita bawa hubungan ini ke
04:31tahap yang lebih tinggi dengan hasil yang memberi impak jangka panjang kepada ekonomi kedua negara.
04:37Jadi saya kira itu yang boleh kita rangkumkan sepanjang tiga hari ini lawatan Perdana Menteri ke Jepun dan kembali ke
04:44rakan setugas.
Comments

Recommended